saya punya diri

My photo
Kedah, Alor Setar, Malaysia
im a simple person. like to window shopping. love my family.love myself. love my hubby. love my frenz!

jenguk jenguk intai intai

August 12, 2011

muhasabah diri

salam.
DI pg jumaat yg indah ni i tetiba rasa nk muhasah diri. di kepala i terngiang ngiang ayat ni.
'ALLAH menurunkan pelbagai ujian dan dugaan buat umatnya untuk menguji keimanan, ketakwaan, dan ketaatan seseorang kepada-Nya'.

sambil menyiapkan asignment i ber google jap utk merehatkan minda i yg sesak ni.

APA ITU MUHASABAH DIRI???


Muhasabah diri ialah seseorang itu melakukan muhasabah terhadap dirinya sendiri. Muhasabah itu bertujuan mengislah diri dan membetulkan akhlak di dunia ini. Kita sebagai umat Islam wajar menginsafi diri dari melakukan perkara-perkara yang tidak mendatangkan faedah dan salah di sisi agama Islam. Islam mengajak umatnya bermuhasabah diri agar hidup kita tidak terbelenggu dalam kesesatan.


duk ralit ralit google i trjumpa n tertarik ngan ayat ni




“Sesungguhnya Allah s.w.t mencatat amalan baik dan buruk manusia. Maka sesiapa yang berkeinginan (hamma) untuk melakukan kebaikan namun ia tidak jadi melakukannya, akan ditulis untuknya kebaikan sempurna. Dan sesiapa yang berkeinginan untuk melakukannya lalu ia benar- benar melakukannya, maka ditulis untuknya sepuluh kebaikan hingga tujuh ratus kali ganda bahkan hingga tidak terbatas. Dan sesiapa yang berkeinginan untuk melakukan keburukan namun ia tidak jadi melakukannya, maka ditulis untuknya satu kebaikan. Namun jika ia menginginkannya lalu benar-benar melakukannya, maka akan ditulis untuknya satu kejahatan.

and i da jumpa this one :)))




MUHASABAH DIRI: Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

MUHASABAH DIRI: Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati.

Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara Bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1) Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan "Ya,Allah jadikan hatiku bersih"

2) Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur, Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3) Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda

4) Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang-kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5) Berma'af-ma'afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6) Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah "Aku sebenarnya......(perkara yang elok-elok belaka)

7) Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati "Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif". Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.

8) Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan. (skg ni pun bulan Ramadhan kan)

9) Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila-bila masa)

10) Kekalkan wuduk.

11) Bersedekah

12) Belanja orang makan.

13) Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat
14) Berkawan dengan ulama
15) Berkawan dengan orang miskin (menginsafi)
16) Pesan pada orang, jadi baik
17) Menjaga pacaindera (mata, telinga, mulut...dsb), jangan dengar orang mengumpat.





terdetik keinsafan dalam diri i
hehe :)

thanks for reading!
jumpa lg..

No comments: