saya punya diri

My photo
Kedah, Alor Setar, Malaysia
im a simple person. like to window shopping. love my family.love myself. love my hubby. love my frenz!

jenguk jenguk intai intai

February 14, 2013

Fitnah


Tiada siapa yang suka andai dirinya difitnah namun kenapa masih ramai yang suka memfitnah?
Walaupun hanya dengan kata-kata, fitnah mampu menjatuhkan maruah, mengaibkan malah juga mampu memporak perandakan kehidupan orang.


Bila di hati penuh hasad dengki dan iri hati, cara seorang pengecut adalah untuk memfitnah. Nak berdepan tak berani, terpaksa la menyalah gunakan teknologi. Post yang bukan-bukan kat wall orang. So childish kan.


Lepas memfitnah, pasti akan tergelak riang bertepuk tangan kerana niat menjatuhkan orang berjaya.
Kesian orang yang suka memfitnah ni, mata dan hati mereka dah dibutakan dengan sifat cemburu dan sakit hati. Apa yang pasti, diorang tu kurang kasih sayang. Sebab tu terpaksa reka macam-macam cerita untuk menjatuhkan orang.


Kan lebih elok, bakat ‘mereka cerita’ yang di anugerahkan tu, mereka gunakan untuk benda yang lebih baik macam menulis blog ke, menulis novel ke. Dapat gak pendapatan sampingan. Boleh gak mencipta nama.


Namun bila difikirkan, memfitnah orang dan meroyan post yang bukan-bukan kat wall orang, dapat juga kumpul pendapatan. Pendapatan berbentuk DOSA.


Salam, Sharipah