saya punya diri

My photo
Kedah, Alor Setar, Malaysia
im a simple person. like to window shopping. love my family.love myself. love my hubby. love my frenz!

jenguk jenguk intai intai

December 25, 2013

New YEAR WILL COming

Lagi beberapa hari lagi nak masuk tahun baru.. tahun 2014.. makin meningkat umur.. Macam2 perancangan dalam tahun tu.. Insyaallah, semoga di permudahkan dan dapat mengecapi segala impian aku.. Amin..

LUMRAH KEHIDUPAN....

Manusia x semuanya sempurna.. bak kata orang Nobody Is Perfect.. yeahhh.. its true ! semua orang x pernah x buat salah.. Even, sikit kesalahan pun mesti akan pernah.. manusia tak lari dari kesilapan dan kealpaan.. So, kepada manusia yg merasakan diri tu manusia, ingatlah jangalah menghukum, menghina, menzalimi, menfitnah orang lain.. Tanpa anda sedar, anda sendiri telah terlibat dengan satu dosa besar.. Ingatlah, anda bukan sentiasa di atas, ibarat roda yang tengah berpusing.. roda x akan sentiasa di atas, akhirnya akan ke bawah juga.. Jangan nampak kesalahan orang lain ja, diri sendiri x nampak.. diri sendiri tutup dengan kain.. oh.. sedihnya diri anda.. 


# saja melalut malam2.. buat renungan diri sendiri..#

October 01, 2013

I Need A Vacation !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Wuaaaaarrrrrrrgggggggggghhhhhhhh !!!!!!!!!

Help Me Please.....................

February 14, 2013

Fitnah


Tiada siapa yang suka andai dirinya difitnah namun kenapa masih ramai yang suka memfitnah?
Walaupun hanya dengan kata-kata, fitnah mampu menjatuhkan maruah, mengaibkan malah juga mampu memporak perandakan kehidupan orang.


Bila di hati penuh hasad dengki dan iri hati, cara seorang pengecut adalah untuk memfitnah. Nak berdepan tak berani, terpaksa la menyalah gunakan teknologi. Post yang bukan-bukan kat wall orang. So childish kan.


Lepas memfitnah, pasti akan tergelak riang bertepuk tangan kerana niat menjatuhkan orang berjaya.
Kesian orang yang suka memfitnah ni, mata dan hati mereka dah dibutakan dengan sifat cemburu dan sakit hati. Apa yang pasti, diorang tu kurang kasih sayang. Sebab tu terpaksa reka macam-macam cerita untuk menjatuhkan orang.


Kan lebih elok, bakat ‘mereka cerita’ yang di anugerahkan tu, mereka gunakan untuk benda yang lebih baik macam menulis blog ke, menulis novel ke. Dapat gak pendapatan sampingan. Boleh gak mencipta nama.


Namun bila difikirkan, memfitnah orang dan meroyan post yang bukan-bukan kat wall orang, dapat juga kumpul pendapatan. Pendapatan berbentuk DOSA.


Salam, Sharipah

October 16, 2012

Convocation Day

       
             Alhamdulillah, syukur Ya Allah di atas segala nikmat yang di berikan. Akhirnya aku telah berjaya menamatkan pengajianku selama 3 tahun. Segala onak duri telah dapat aku harungi. Alhamdulillah di atas segala puji-pujian mu Ya Allah. Manusia tidak lari dari sebarang ujian dan dugaan. Itu semua ujian dari Allah kepada hambaNya untuk menguji keimanan dan kekuatan hambaNya. Syukur. Penantian yang di tunggu2 selama ini telah berakhir. Aku telah menghadiri konvokesyen KPTM ke 29 dan 1 lg konvokesyen bakal menjelma di UITM Shah Alam. Walaupun sedih disebabkan parents aku xdapat hadir, tp dengan semangat yang ada aku dapat menempuhnya. Rasa sedih bila tengok kawan lain bergambar dan berpelukan dengan mak ayah, tapi aku cuba bertahan. Teringat mak ayah di kampung. Apapun ada kawan2, xlah terasa sgt kan. 
I'm officially graduated











































































































































































October 11, 2012

Perantau

Salam sekalian,

Pejam celik pejam celik hari nie dh 11 October, xlambat dh umat Islam nk sambut raya haji pulak. cepatnya masa berlalu kan. cepat jugak bumi berputar. Alhamdulillah, kaki aku semakin pulih. harap2 pulih sepenuhnya, xla aku terhencot2. Alhamdulillah...

Kenapa title aku PERANTAU?? Haaaaaa.... tuddddiiiiaaaaaaa... Mai aku nk hbaq mai. Petng satgi aku nk teqhbang p Putqajaya. oqang Putqajaya tnggu kami oqang Kedah nohhh. lama sungguh aku xp 'key ell'. ha kapai teqhbang aku xda syap na. hehe. aku p nek train for the first time okey. xreti sebenaqnya, nasib xsoqang2. mesti peqhak kan nant. muahahaha.

Moga perjalanan aku nanti selamat p ngn balik. Amin.

October 08, 2012

FOBIA

Tarikh keramat 5.10.2012 tarikh yg begitu menyedihkan, menfobiakan aku. jika di terbalikkan tarikh tersebut iaitu, 10.5 adalah tarikh lahir aku. So, aku akan ingt smpai bila2 tarikh tersebut. Mungkin anda sebagai perempuan pernah di ganggu atau di ekori oleh lelaki2 yg boleh di namakan lelaki xberguna.

Straight to the point, mlm tu aku blik keja mlm. Memang byak petanda yg Allah tunjuk kt aku sebelum bnda ni terjadi. First, 3 mlm berturut2 aku mimpi ada laki ikut aku. Org yg sama, but aku xknai lgsung jntan tu. Second, mlm aku keja, nk ikutkan aku close kdai 9.30, tp di sebbkan ada cstmer, aku close lmbat almost 9.45pm. Okey, doesn't mind lah yg tu. Tut tut nk buka suis moto plak xbleh. Aduh, memg xsedap hati dh time nih. Tp gagah jugak nk wat sorg2. Last2 bleh jugak kt aku. Aku perasan ada jantan ni mcm asing ja aku tgok, usha pelik ja. Xpalah, aku pun xsyak apa2 teruskan la perjalanan aku.......


Sampai di satu jalan tu, jalan tu plak xda lampu. Ada sebuah moto follow aku. Tiba2, "Kak long bwu blik keja ke? ". Aku pun, "Ha ya". Then, " Nak num Phone kak long? ".  Aku pun cuak kata la xdak! Dlam hati duk pikiaq dia nie nak ragut aku ka apa. Ya Allah, hanya Allah ja yg taw betapa takutnya aku time tu. Dengan sekeliling gelap and xda org lalu langsung. Tiba2, dia mai himpit moto aku, aku dengan terkejutnya memg aku menjerit la. Jantan xguna tu ligan aku. Aku pecut sepecut2nya...........


Dan sampai di satu selekoh nk masuk jalan umah aku........ Argggghhhhhhhhhhhhhhhhh! Gedebanggggggg!! Ya Allah, aku tertiarap atas tar. Jantan tu berhenti nk tlong aku. boleh plak dia kata " Sory kak long, jgn lari kak long, sy tlong ". Aku hnya ingt diri aku ja time tu, pantas aku rampas beg aku, aku nk lari minx tlong. Jantan tu pengecut, dia takut kena baham ngn owg kmpung, dia terus blah. Dalam hati aku berdoa supaya dia dpt hukuman blik. Silap aku xcam plat moto dia. Hmmm....

Mlm tu aku wat keputusan berenti keja trus. Takut punya pasal. Lagi dua hari aku ada konvo, tp kaki aku still xsmbuh lg. Jalan pun tercungit2. Kalian tolong doakan aku cepat sembuh ya....



P/s buat kaum perempuan, berhati2 n beringat lah sekiranya bersendirian pulang atau ke mana2. Berteman lebih baik dari berseorangan.